Biografi Paperplane Pursuit

Setelah bertungkus-lumus untuk mencari label rakaman muzik yang mampu membiayai kerjaya mereka, akhirnya kumpulan SilentScream menerima bantuan daripada seorang penyanyi dan penggubah lagu R&B tempatan bernama Reshmonu memeranjatkan industri apabila tampil untuk menerbit album sulung mereka, namun kumpulan tersebut tidak terus menganggotai label rakaman Reshmonu.

Pada tahun 2006, single pertama bertajuk Unspoken diputarkan di Xfresh FM dan hitz.fm pada tahun 2006. Bagaimanapun, perkembangan SilentScream hampir terbantut beberapa tahun kemudian, apabila penyanyi utamanya John Oommen diserang dan hampir dibunuh.[2]

Kumpulan SilentScream telah lama meminggirkan diri daripada membuat persembahan live untuk menumpu perhatian kepada album mereka yang akhirnya siap dan dikeluarkan pada tahun 2007. Album ini terdiri daripada 11 runut; iaitu dua lagu dalam Bahasa Malaysia dan selebihnya dalam bahasa Inggeris.

Single pertama tahun 2007 dan yang kedua daripada album tersebut, berjudul Revolution. Dalm temu ramah mereka di Fly FM Campur Chart (disiarkan 14 Oktober 2007), John menyatakan bahawa Revolution menyahut para muda-mudi agar menyedari hak mereka dan berusaha membawa arus perubahan.